Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat kargo terputus hubungan di Papua

9:57am 01/11/2016 Pak Roshan 100 views Global

pesawat

Jakarta: Sebuah pesawat kargo yang membawa empat penumpang dipercayai terhempas selepas terputus hubungan di kawasan pergunungan terpencil di wilayah Papua, kata pegawai, semalam.

Ketua agensi bantuan dan penyelamat Indonesia, Henry Bambang Soelistyo berkata, pesawat jenis itu berlepas dari bandar Timika pada jam 10.57 malam (waktu tempatan) kelmarin menuju ke daerah Ilaga.

“Bagaimanapun, pesawat itu tidak tiba di Ilaga selepas kali terakhir berhubung dengan menara kawalan sejam selepas berlepas,” katanya.

Pesawat jenis Turbo Caribou PK-SWW itu dijadual mendarat di Ilaga pada jam 3.22 pagi (waktu tempatan) semalam.

Katanya, pesawat itu membawa dua juruterbang dan dua penumpang serta membawa muatan kargo termasuk bahan binaan.

Menurutnya, satu pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke kawasan berkenaan untuk mencari pesawat itu.

“Usaha mencari dan menyelamat ini sukar kerana keadaan hutan yang tebal, cuaca buruk dan berkabus,” jelasnya.

Kebanyakan wilayah Papua, pulau kedua terbesar di Indonesia, diliputi hutan tebal dan bergunung-ganang.

Sebelum ini, beberapa pesawat yang dilaporkan terhempas di wilayah terpencil itu gagal ditemui sehingga hari ini. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan