Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PESAWAT KARGO KEEMPAT TERBESAR DUNIA SINGGAH KOTA KINABALU

Pesawat kargo buatan Rusia, Antonov An124-100 milik Volga-Dnepr dilihat berada di parkir Bay 1 untuk mengisi minyak di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Pesawat kargo keempat terbesar dunia, Antonov (AN124-100) mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pagi tadi.

Pesawat milik Volga Dnepr Airlines ini mendarat pada jam 11 pagi selepas tiba dari Lapangan Terbang Labuan setelah bermalam bagi menurunkan beberapa muatan kargo milik sebuah syarikat cari gali minyak terkenal.

Pesawat kargo keempat terbesar dunia, Antonov An124-100 milik Volga Dnepr Airlines dilihat terbang melintasi bendera negeri Sabah sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi meneruskan penerbangan ke Kalkota, India. Pesawat buatan Rusia ini singgah ke Kota Kinabalu pagi tadi bagi mengisi minyak setelah bermalam semalaman di Lapangan Terbang Labuan untuk menurunkan beberapa peralatan berat sebuah syarikat cari gali minyak terkenal. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sebelum itu, pesawat Antonov AN124 Ruslan ini dilaporkan terbang dari Lapangan Terbang Cairns di Queensland, Australia pada kelmarin dan mendarat di Labuan selepas enam jam penerbangan.

Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sunif Naiman berkata kali terakhir pesawat itu mendarat di Kota Kinabalu ialah pada tahun 2014.

“Hari ini pesawat berkenaan singgah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) untuk mengisi minyak selepas bermalam semalaman di Labuan.

“Kehadiran pesawat kargo keempat terbesar dunia ini memberikan peluang yang tidak dapat dilupakan oleh semua petugas lapangan terbang termasuk para penumpang yang berada diterminal.

“Selepas tiga jam mengisi minyak, kapal berkenaan meneruskan penerbangan ke Kolkata, India,” katanya ketika dihubungi Sabah News Today.

Pesawat kargo buatan Rusia, Antonov An124-100 milik Volga-Dnepr berlepas pukul 2 petang bagi meneruskan penerbangan ke Kolkata, India dari Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pesawat kargo buatan Rusia ini mempunyai berat maksimum 400 tan dan mampu terbang dengan jarak penerbangan sejauh 5,000 kilometer bersama muatan kargo penuh seberat 120 tan ini membawa 6 krew penerbangan dan 9 penumpang.

Condor, gelaran pesawat kargo ini, dikuasakan dengan enjin Ivchenko Progress D-18T turbofan yang mampu menerbangkan pesawat dengan kelajuan 865 kilometer sejam. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan