Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat kargo dijumpai berkecai

 ANGGOTA penyelamat mengusung keranda berisi mayat seorang mangsa selepas ia tiba di lapangan terbang Timika, semalam. - AFP
ANGGOTA penyelamat mengusung keranda berisi mayat seorang mangsa selepas ia tiba di lapangan terbang Timika, semalam. – AFP

Jakarta: Pasukan mencari Indonesia semalam berjaya menemui rangka sebuah kapal kargo yang terhempas di wilayah Papua tetapi semua empat penumpang terbunuh, kata pegawai.

Pesawat jenis Caribou itu terputus hubungan dengan menara kawalan pagi kelmarin ketika dalam penerbangan di kawasan terpencil di Papua.

“Pesawat itu musnah. Semua mayat mangsa sudah dibawa keluar dari lokasi nahas,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.

Wilayah Papua antara lokasi bahaya untuk pesawat ekoran kawasan pergunungan yang sering dilanda cuaca buruk.

Menurut Kementerian Pengangkutan, pesawat itu berlepas dari Timika pada jam 7.57 pagi (waktu tempatan) menuju ke Ilaga, daerah komuniti pertanian yang terletak di kawasan pergunungan.

Pesawat itu menghubungi menara kawalan di Ilaga pada jam 8.23 pagi (waktu tempatan) untuk persediaan mendarat dalam tempoh beberapa minit tetapi gagal tiba.

Pegawai berkata, pesawat yang membawa bahan binaan itu menghantar isyarat kecemasan sebelum terputus hubungan.

Pesawat itu adalah sebahagian keluarga Caribou DHC-4 yang hanya memerlukan kawasan kecil untuk mendarat dan berlepas. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan