Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat hentam rumah: 3 maut

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran selepas pesawat ringan terhempas ke kawasan penempatan di daerah Chofu, Tokyo, berdekatan lapangan terbang, menyebabkan tiga terbunuh. - Foto REUTERS/Kyodo
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran selepas pesawat ringan terhempas ke kawasan penempatan di daerah Chofu, Tokyo, berdekatan lapangan terbang, menyebabkan tiga terbunuh. – Foto REUTERS/Kyodo

Tokyo: Sebuah pesawat ringan terhempas ke kawasan penempatan di Tokyo pagi ini, menyebabkan tiga terbunuh serta beberapa rumah terbakar.

Menurut laporan NHK, pesawat lima tempat duduk itu terhempas kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Chofu, di Tokyo.

“Empat orang terbabit dalam nahas itu dan tiga daripada mereka berjaya diselamatkan,” kata jurucakap bomba.

NHK yang memetik polis melaporkan dua mangsa dalam pesawat dan seorang penduduk wanita terbunuh dalam kejadian itu.

Sekurang-kurangnya tiga rumah dan dua kereta terbakar di kawasan penempatan dalam daerah Chofu yang berdekatan lapangan terbang. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan