Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat EgyptAir Dari Paris Ke Kaherah Terhempas?

12:01pm 19/05/2016 Pak Roshan 1590 views Global

egyptair

KAHERAH – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan kebangsaan Mesir, EgyptAir dikhuatiri terhempas selepas didapati hilang daripada radar menara kawalan trafik udara tempatan.

Menurut kenyataan rasmi syarikat tersebut menerusi laman sosial Twitter lewat pagi Khamis, pesawat penerbangan MS804 itu berlepas dari Paris, Perancis menuju ke ibu kota Mesir di sini.

EgyptAir dalam kicauan Twitter itu menambah, pihaknya akan mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai keadaan pesawat jenis Airbus A320-00 tersebut dari masa ke semasa.

Ia mula berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Paris kira-kira pukul 2309 CEST pada Rabu (bersamaan 9.09 pagi Khamis waktu Malaysia).

– Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan