Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,772

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesawat Bawa 81 Penumpang, Team Bola Sepak Brazil Terhempas

3:24pm 29/11/2016 Pak Roshan 23 views Global

plane-737649

BOGOTA (Colombia): Sebuah pesawat komersial yang membawa 81 penumpang termasuk sepasukan pemain bola sepak Brazil telah terhempas sebelum sempat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Medellin, lewat tengah malam tadi, waktu tempatan.

Pasukan Chapecoense Real dijadualkan untuk berentap dengan kelab Atletico Nacional  di dalam perlawanan peringkat suku akhir Copa Sudamérica.

Bagaimanapun, menurut datuk bandar Medellin Federico Gutierrez, kemungkinan ada penumpang yang terselamat adalah tinggi.
PASUKAN CHAPECOENSE REAL SEBELUM MEMENANGI PERLAWANAN SEPARUH AHIR MENENTANG SAN LORENZO DARIPADA ARGENTINA NOV. 2 LALU.-AFP

“Insiden ini merupakan satu tragedi yang dahsyat,” kata Gutierrez kepada stesen radio Blu Radio semasa beliau dalam perjalanan ke lokasi nahas berkenaan yang terletak di kawasan pergunungan di luar bandar.

Menerusi akaun Twitter beliau, Gutierrez turut menyatakan bahawa ambulans dan pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Punca nahas tersebut masih belum dikenalpasti. – mynewshub

chapecoense-fooball-brasilian-large_transqvzuuqpflyliwib6ntmjwfsvwez_ven7c6bhu2jjnt8

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan