Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesawat AirAsia tergelincir di Brunei

airasiabrunei

Kuala Lumpur: Air Asia mengesahkan terdapat kejadian membabitkan penerbangan AK278 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu, semua penumpang dan anak kapal diarahkan keluar dari pesawat dengan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Air Asia, terdapat sejumlah 102 penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.

Bagaimanapun, Air Asia dalam kenyataan itu tidak menjelaskan punca lanjut kejadian sebenar.
Air Asia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Komen


Berita Berkaitan