Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,676

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesara Polis Temui Bayi Dalam Kebun

7:08pm 26/06/2016 Pak Roshan 8356 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dilapik dengan kain tudung sutera warna kuning ditemui di kebun milik seorang pesara polis di Batu 32, Jalan Labuk di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata lelaki berusia 64 tahun itu pada mulanya terdengar tangisan bayi di luar rumahnya pada pukul 9 malam.

Menurutnya apabila lelaki itu keluar dari rumah untuk mencari suara bayi itu, beliau ternampak anjing peliharaannya sedang mengonggong sesuatu.

“Lelaki itu melihat secara dekat tempat di mana anjing tersebut meninggalkan benda yang digongongnya dan mendapati seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan beruri yang dilapis dengan kain tudung sutera kuning,” katanya.

Beliau berkata pesara tersebut terus membawa bayi itu ke Hospital Beluran yang kemudian ditempatkan di Wad Kanak-kanak.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan