Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesara polis maut, kenderaan dipandu menjunam ke dalam sungai

Beignilah keadaan kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam sungai di Kilometer 24 Jalan Tenom- Kemabong. - foto ihsan bomba
Beignilah keadaan kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam sungai di Kilometer 24 Jalan Tenom-
Kemabong. – foto ihsan bomba

TENOM – Seorang pesara polis maut dalam kemalangan jalanraya apabila kenderaannya terbabas ke kiri bahu jalan lalu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 24 Jalan Tenom-Kemabong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, mangsa dikenali Amukat Sumaki 71, dari Kampung Kalamatoi, Kemabong disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, semasa kejadian mangsa memandu yang kenderaaanya jenis Proton Saga Aeroback, bergerak dari arah Kemabong menuju ke Tenom.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tenom untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan