Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PESARA GURU MINTA POLIS SIASAT PORTAL BERITA FMT

Peter bersama ahli jawatankuasa Parti Warisan Sabah cawangan menunjukkan laporan polis itu. Gambar SNT/Ehsan Warisan Bingkor

KENINGAU: Seorang pesara guru meminta pihak polis menyiasat sebuah portal yang didakwanya menyiarkan artikel berunsur fitnah.

Peter @ Isong Daigo, 58 berkata walaupun dia menghormati kebebasan media tetapi artikel bertajuk Hundreds throng NRD counter, sparking fear of Project IC 2.0 in Sabah yang disiarkan pada 29 Sept oleh Free Malaysia Today dan ditulis oleh Tracy Patrick menimbulkan soal penjawat kerajaan mengkompromikan hak dan undang-undang negara.

“Apa bukti bahawa pendatang  tanpa izin diberikan IC? Mudah sekali untuk melempar tuduhan tapi di mana buktinya? Ini satu usaha untuk memperlekehkan kerajaan,” katanya.

Dalam laporan polis yang dibuat di Keningau pagi tadi, Peter berkata artikel itu telah menyebarkan cerita seolah-oleh program bersama Ketua Menteri yang diadakan di Dewan Masyarakat Keningau pada 28 September 2018 adalah satu lagi usaha untuk mewujudkan projek IC 2.0.

Salinan laporan polis yang dibuat terhadap portal FMT. Gambar SNT/Ehsan Warisan Bingkor

“Penulis telah menyiarkan suatu berita yang dia sendiri tidak pasti akan kesahihanya dan tidak hanya mengharapkan apa yang ditulis di media sosial,” katanya.

Maka dengan itu, sebagai sebuah portal berita yang aktif dan terkenal, Peter berkata tidak sepatutnya berita berunsur fitnah disiarkan kerana ia telah menyebabkan rakyat Sabah menjadi risau.

Beliau mendakwa bahawa tindakan portal itu dan wartawannya telah menghasut rakyat untuk mempercayai bahawa kerajaan telah mengeluarkan IC Projek kepada warga asing.

Laporan polis dibuat oleh Peter bersama Parti Warisan Sabah cawangan Bingkor di Ibu Pejabat Polis Keningau hari ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan