Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PESARA 61 TAHUN SEMPURNAKAN KAYUHAN 211KM

Gambar kenangan Richard (tengah) bersama warga Penerangan Sabah selepas menyempurnakan kayuhan solonya sejauh 211 kilometer- Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Sebagai seorang warga emas, umur bukanlah menjadi penghalang untuk Richard Ansin Odiak menyempurnakan kayuhan solo berbasikalnya sejauh 211 kilometer.

Richard, 61, yang juga pesara Pegawai Penerangan Daerah itu memulakan kayuhan basikalnya dari Kudat pada 28 Ogos lalu.

“Sudah pasti kayuhan yang saya rancang sejak beberapa tahun lalu dapat direalisasikan dengan sokongan keluarga, semangat dan juga tema hari Kebangsaan tahun ini di sini iaitu Sayangi Malaysiaku menyemarakkan lagi diri saya untuk melaksanakannya.

Richard (dua kanan) menandatangani Buku Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 sambil disaksikan oleh Norzawiyah (kanan). -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kayuhan solo bermula dari Kudat ini mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke destinasi iaitu di Wisma Dang Bandang dengan melalui beberapa daerah iaitu Kota Marudu, Kota Belud serta Tuaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berjaya menamatkan kayuhan solo berbasikalnya di sini hari ini.

Katanya, sepanjang kayuhan beliau, sudah pasti banyak cabaran yang ditempuhi seperti keletihan, cuaca dan faktor geografi.

Norzawiyah menyampaikan sijil penghargaan dan pencapaian kepada Richard kerana berjaya menyempurnakan kayuhan solo dengan jayanya. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Walaupun begitu, cabaran-cabaran ini saya mampu tempuhi hasil daripada latihan sebulan pada setiap hari di kawasan berbukit sejauh 40 kilometer.

“Selain itu, sokongan keluarga menjadi dorongan saya untuk terus kuat serta penyokong-penyokong dan kelab berbasikal Kota Belud yang turut serta berkayuh dari daerah berkenaan sehingga pekan kecil Tenghilan,” jelasnya.

Tambahnya, beliau merancang untuk mengadakan kayuhan berkenaan sekali lagi pada tahun hadapan.

“Tahun hadapan, saya mahu memperluaskan lagi kawasan kayuhan.

“Mungkin sehingga di pedalaman iaitu dari Kudat ke Keningau.

“Saya berhasrat untuk menawan banjaran crocker untuk sampai ke Keningau,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan