Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesan piza dapat wang RM21,000

gambar hiasan
gambar hiasan

San Jose: Seorang wanita terkejut apabila kotak yang sepatutnya berisi kepak ayam goreng yang dipesannya sebaliknya mengandungi wang tunai berjumlah AS$5,000 (RM20,655).

Selena Avatos perlu membuat pilihan. Dia boleh menyimpan wang berkenaan dan membuat satu pesanan kepak ayam yang amat diperlukan kerana kelaparan.

Bagaimanapun, dia mengetepikan kelaparannya dan memilih untuk bertindak jujur.

Dia memberitahu stesen televisyen ABC 7, dia dapat mengagak wang itu ialah untuk dimasukkan ke dalam akaun bank restoran berkenaan.

Dia menelefon restoran terbabit dan keesokannya seorang pekerja datang mengambil semula wang itu.

Dan sebagai balasan, restoran itu menghadiahkan Selena piza percuma selama setahun. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan