Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesan Imam Al-Ghazali Tentang Doa

Gambar Hiasan

 

Doa dikatakan senjata orang mukmin. Doa mendekatkan yang jauh dan merupakan pengharapan dan kebergantungan kita kepada Allah SWT.

Sebelum berdoa, kita perlu yakin dan memperbaiki diri. Ingatlah, setiap janji Allah itu pasti, jadi setiap yang diminta pasti dimakbulkan jika caranya betul. Insya-Allah.

Imam al-Nawawi ketika menyebut tentang adab-adab berdoa, beliau menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali:

  • Mencari waktu mustajab berdoa

Antara waktu mustajab doa seperti hari Arafah, Bulan Ramadan, hari Jumaat, waktu sahur dan sepertiga malam.

  • Mencari keadaan mustajab berdoa

Antaranya ketika sujud, berperang, hujan turun, iqamah solat dan setelah solat. Imam al-Nawawi kemudiannya menambah, ketika hati sedang lembut.

  • Mengadap kiblat dan mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa
  • Tunduk, takut dan khusyuk
  • Memohon dengan bersungguh dan yakin. Yakin sungguh-sungguh yang doa akan dimakbulkan
  • Mengulangi permintaan berkali-kali
  • Memulakan doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Sentiasa bertaubat dan mengembalikan  hak orang yang diambil tanpa izin

Kita perlu berdoa dengan khusyuk dan tidak terburu-buru mahu doa tersebut dimakbulkan.

Sabar dan terus memperbaiki diri dengan tidak mengulangi kesilapan lalu.

Berdoalah namun teruskan usaha dan ikhtiar.

Insya-Allah dengan keyakinan dan kesungguhan, doa kita akan dimakbulkan.

Jika tidak sekarang, mungkin akan datang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah 2:186).

(Sumber: iluvislam.com oleh Anem Arnamee)

Komen


Berita Berkaitan