Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesan ikan, dapat salamander

GAMBAR hiasan, seorang anggota polis menunjukkan salamander gergasi yang dirampas dari sebuah restoran di China.
GAMBAR hiasan, seorang anggota polis menunjukkan salamander gergasi yang dirampas dari sebuah restoran di China.

Guilin, China: Seorang pelancong wanita terkejut selepas tiga ekor ikan yang dimakannya bersama keluarga di sebuah restoran di bandar ini sebenarnya adalah salamander gergasi.

Lebih mengejutkan lagi dia turut dikenakan bayaran 5,000 yuan (RM3,000) untuk hidangan ‘istimewa’ berkenaan.

Kerana tidak berpuas hati dengan bayaran dan perkhidmatan itu, wanita berkenaan bertindak menghubungi polis.

Wanita itu memberitahu polis, dia datang ke restoran berkenaan untuk makan malam bersama keluarganya dan memesan tiga ekor ikan sebagai hidangan.

Dia tidak memberitahu jenis ikan apa yang mahu dipesannya dan membiarkan pelayan restoran memilih untuknya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan