Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesalah cermin gelap tetap kena bayar saman

4:21pm 13/06/2014 Pak Roshan 45 views Isu Semasa

gelap

KUALA LUMPUR: Pesalah trafik yang telah dikenakan saman kerana menggunakan kenderaan bercermin gelap pada tahap tidak sepatutnya sebelum ini, perlu membayar saman tersebut selagi undang-undang berkaitan belum dipinda.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Fuad Abd. Latiff berkata, polis hanya menangguhkan operasi memburu kenderaan terbabit dalam Op Warta pada Isnin ini sehingga terdapat pengumuman baharu oleh Kementerian Pengangkutan.

“Jika dipinda, undang-undang itu akan berkuasa pada ketika itu. Misalnya undang-undang itu dikuatkuasakan pada 1 Julai nanti, maka kesalahan yang dilakukan sebelum tarikh tersebut tetap tertakluk kepada undang-undang yang lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melepaskan konvoi bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 1Malaysia for Youth (1M4U) di sini hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan