Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesakit Thalassaemia disaran manfaat bantuan khidmat sokongan

Tun Juhar (lima dari kiri) bersama rombongan Persatuan Thalassaemia Sandakan, diketuai Pengerusinya, Ismail Mohd Yusof (empat dari kiri). - foto Jabatan Penerangan
Tun Juhar (lima dari kiri) bersama rombongan Persatuan Thalassaemia Sandakan, diketuai Pengerusinya, Ismail Mohd Yusof (empat dari kiri). – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Pesakit Thalassaemia disaran mendapatkan bantuan khidmat nasihat dalam penyediaan perubatan, psikologi, sokongan emosi, kewangan dan aktiviti yang disediakan kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Thalassaemia Sandakan, Ismail Mohd. Yusof berkata, persatuan itu merupakan kumpulan sokongan yang terdiri daripada pesakit Thalassaemia, ibu bapa, kakitangan hospital dan sukarelawan yang beroperasi melalui Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Menurutnya, mereka turut terlibat dalam usaha meningkatkan kefahaman dalam kalangan pesakit, pembawa dan populasi am tentang penyakit Thalassaemia, implikasi secara genetik dan pengurusan rawatan.

“Setakat ini, persatuan itu mempunyai 269 orang ahli dan 169 orang pesakit yang berdaftar di daerah Sandakan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Ismail berkata, kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan persatuan itu dan mendapatkan perkenan Tun Juhar Mahiruddin untuk menjadi penaung persatuan tersebut yang ditubuhkan pada 16 Oktober 2004.

Dalam pada itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Sabah diketuai pengerusinya Asirin Abdul Kadir.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk memaklumkan berkenaan program Larian Amal PBSM 10 kilometer yang akan diadakan pada 29 Mac ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan