Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pesakit jangkitan Zika tempatan pertama meninggal dunia

6:48pm 03/09/2016 Pak Roshan 12222 views Isu Semasa,Mutakhir

QueenElizabath_03b

KOTA KINABALU: Lelaki berusia 61 tahun dari Sabah yang disahkan pesakit pertama kes jangkitan virus Zika tempatan di Malaysia, meninggal dunia petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.

“Beliau meninggal dunia petang tadi akibat penyakit jantung,” katanya.

Petang tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya di Likas, di sini.

Kementerian juga sedang menyiasat sejarah perjalanan pesakit itu dengan besar kemungkinan berpunca daripada jangkitan tempatan, ini memandangkan warga tua itu tidak pernah ke luar negara dalam tempoh terdekat kebelakangan ini.

Dr Noor Hisham berkata, memandangkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan gout, keadaannya didapati agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Queen Elizabeth 2, di sini.

Katanya, walaupun keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan sampel darah dan air kencing pesakit positif jangkitan Zika, namun keadaan pesakit yang agak serius kemungkinan bukan disebabkan jangkitan Zika, tetapi penyakit lain dihidapinya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan