Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pesakit bunuh dukun

Video tersebar menunjukkan seorang dipercayai Woodroffe diseret penduduk kampung. Gambar Atas, Olivia dan Woodroffe (bawah). Foto Daily Mail, Youtube, dan Instagram.

 

Lima (Peru): Seorang lelaki Kanada digantung sampai mati oleh penduduk kampung selepas menuduhnya membunuh dengan menembak bomoh wanita terkenal berusia 81 tahun di kampung Victoria Gracia di timur laut Peru.

Dalam kejadian minggu lalu itu, Sebastian Woodroffe, 41, yang mengembara ke Peru untuk mempelajari perubatan semula jadi, dituduh menembak Olivia Arevalo Lomas, 81, yang ditemui mati dengan dua kesan tembakan.

Mangsa daripada puak Shipibo-Konibo itu amat terkenal di kampungnya dan mempunyai pusat rawatan yang menawarkan ‘ayahuasca’ campuran halusinogenik tradisional manakala Woodfoffe dipercayai berubat dengannya.

Menurut polis Peru, lelaki terbabit diperlakukan dengan kejam apabila ditambat pada leher sebelum diseret penduduk keliling kampung menuju ke kawasan hutan.

 Rakaman video yang didedahkan media tempatan menunjukkan seorang lelaki berlumuran darah dipercayai Woodroffe merayu meminta belas kasihan ketika diseret.

Dia kemudiannya kelihatan terbaring dan tidak lagi bergerak di atas tanah berlumpur.

Pihak berkuasa menemui mayatnya, Sabtu lalu yang ditanam di kubur tidak bertanda kira-kira 900 meter dari rumah Olivia.

“Mayat berkenaan sudah dikenal pasti (sebagai Woodroffe) berdasarkan cap jarinya,” kata jurucakap polis dalam kes dua pembunuhan, Jeneral Jorge Lam kepada The Guardian.

Ketua pendakwa di Ucayali, Ricardo Palma Jimenez berkata, penahanan masih belum dilakukan berhubung kematian Woodroffe.

“Kita tidak akan berhenti sehingga kedua-dua kes pembunuhan ini selesai,” katanya kepada Reuters menerusi telefon. – Daily Mail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan