Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perutusan Ketua Menteri sempena sambutan Hari Krismas

8:00am 25/12/2015 Ann Vivien 109 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

Selamat sejahtera Dan salam 1Malaysia.

Saya bersama isteri, Faridah Haji Tussin Dan keluarga, ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian di seluruh negara khususnya di Sabah. Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat sekali lagi saling bertukar salam Dan ucapan, bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga sahabat handai Dan rakan taulan yang berbilang kaum Dan agama.

Sesungguhnya, amalan menghormati Dan meraikan apa juga perayaan adalah cara Dan budaya Kita, yang penuh dengan kesepakatan Dan semangat muhibah. Kita sentiasa bersedia menerima Dan menghargai kepelbagaian antara satu sama lain, menghormati keunikan adat Dan budaya sehingga menjadikan perayaan ini lebih bermakna.

Justeru, Kita perlu terus memupuk Dan mengekalkan semangat saling hormat menghormati Dan toleransi yang tinggi yang membolehkan Kita menyambut pelbagai perayaan dalam suasana yang penuh muhibah, aman Dan harmoni.

Adalah menjadi hasrat saya untuk melihat rakyat Malaysia di Sabah terus kukuh Dan bersatu padu terutama dalam menghadapi apa juga cabaran apatah lagi tindakan pihak-pihak tertentu yang Cuba untuk melemahkan perpaduan Kita.

Sehubungan itu, janganlah Kita membiarkan tindakan tidak bertanggungjawab ini menjejaskan pembangunan Dan kemajuan yang telah Kita kecapi, mewujudkan rasa tidak percaya kepada Kerajaan, mensia-siakan pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk kemerdekaan Dan kedaulatan negara, yang aklhirnya akan menghancurkan apa yang telah Kita bina selama ini. Sebagai kerajaan yang prihatin Dan bertanggungjawab, Kita sememangnya komited dalam menjaga kepentingan setiap lapisan rakyat dengan melaksanakan pelbagai dasar Dan agenda pembangunan untuk rakyat di seluruh negeri.

Dalam Kita menyambut perayaan ini, janganlah Kita lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin Dan penyayang, Kita perlu membantu mereka yang memerlukan, apatah lagi sempena sambutan Krismas ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan Dan terima kasih kepada pasukan keselamatan Kita yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga demi tugas Dan tanggungjawab untuk menjaga keamanan Dan kedaulatan negara. Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) nyata telah memberikan keyakinan kepada pelancong Dan pelabur bagi menjana pertumbuhan Dan peningkatan ekonomi, di sampingmewujudkan keamanan, kemakmuran Dan kesejahteraan untuk Kita nikmati bersama.

Akhir kata, marilah Kita bersama-sama membina Dan membangunkan negeri ini Dan memelihara perpaduan Dan keharmonian sesama Kita. Saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan Kita yang beragama Kristian, khususnya di seluruh negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan