Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perut berlubang selepas tertelan jarum pengasah

10:14am 21/11/2016 Pak Roshan 27 views Global
VANESSA

VANESSA

Brisstol (Britain): Seorang wanita mengalami kecederaan dalaman termasuk perut berlubang selepas tertelan jarum pengasah pergigian ketika mendapat rawatan daripada seorang doktor gigi di sini baru-baru ini.

Vanessa Snary, 29, berkata, ketika kejadian dia diberi ubat bius di mulut dan dia tidak merasai jarum tajam itu jatuh ke dalam mulut ketika mendapat rawatan.

Katanya, dia mula tercekik apabila jarum sepanjang tiga sentimeter itu tersangkut di tekaknya.

“Ia berlaku dengan pantas dan saya tidak tahu apa yang menyebabkan saya tercekik. Saya sangat takut kerana tidak tahu apa yang saya telan,” katanya.

Ujarnya, doktor segera membawanya ke hospital dan pemeriksaan sinar X-ray mendapati ada jarum di bahagian atas perutnya.

“Doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan segera kerana jarum itu mencederakan usus, perut dan tekak saya.

“Saya bernasib baik kerana doktor berjaya mengeluarkan jarum berkenaan selepas melakukan pembedahan kecil,” ujarnya.

Menurutnya, jarum itu menyebabkan perutnya cedera dan dia juga tidak boleh bercakap selama seminggu kerana peti suaranya luka.

“Apa yang paling teruk saya dibuang kerja oleh majikan kerana mengambil cuti terlalu lama,” jelasnya. – Agensi/HMetro

dc-cover-dqv5fa1av79p3rhtfifsqnr4m7-20161120154557-medi

Perut berlubang selepas tertelan jarum pengasah   JARUM pengasah pergigian yang ditelan Vanessa ketika mendapat rawatan pergigian. - Agensi

Perut berlubang selepas tertelan jarum pengasah
JARUM pengasah pergigian yang ditelan Vanessa ketika mendapat rawatan pergigian. – Agensi

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan