Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peruntukkan untuk pembangunan masjid

5:39pm 23/12/2015 Ann Vivien 16 views Isu Semasa,Tempatan
Raime menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majis itu.

Raime menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majis itu.

TENOM: Parlimen Tenom memperuntukkan sejumlah RM300,000 untuk pembangunan masjid dan surau di kawasan Parlimen Tenom sepanjang tempoh 2016 nanti.
Ahli Parlimennya, Datuk Raime Unggi berkata, peruntukkan yang diberikan kerajaan adalah  berkaitan aktiviti keagamaan dan  membaik pulih mana-mana masjid dan surau yang telah usang bagi membolehkan masyarakat Islam dapat menunaikan ibadah dengan selesa.                                                     
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tanggungjawab sosial korporat bersama ahli parlimen P.180,Badan Dakwah Daerah Tenom dan Badan Agama UMNO Tenom di Dewan Seri Panglima Antanom di sini pada Selasa.                       
Katanya, dengan adanya peruntukkan itu juga sudah tentu dapat mengimarahkan lagi masjid dan surau sekaligus dapat menarik lebih ramai masyarakat islam kuhsusnya golongan muda untuk menunaikan tanggungjawab.                
Pada masa sama, Datuk Raime meningatkan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama agar terus mengekalkan hubungan perpaduan dan bukannya mudah terpengaruh kepada perkara-perkara yang boleh  memecahbelahkan jalinan yang ada

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan