Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,310

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peruntukkan RM 1,258.61 juta naiktaraf infrastruktur asas di Sabah

5:50pm 18/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 229 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Sejumlah RM 1,258.61 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi menyokong pembangunan serta naiktaraf kemudahan dan infrastruktur asas di seluruh negeri pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman kerajan negeri akan terus memperkukuhkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti penyediaan dan naik taraf sistem jaringan jalan raya, bekalan air terawat dan pembangunan ameniti- ameniti sosial di kawasan bandar dan luar bandar secara inklusif.

” Daripada jumlah tersebut sebanyak RM 292.43 juta akan diperuntukkan untuk membiayai pelaksanaan projek- projek sambungan, penyelengaraan jalan-jalan raya, cerun- cerun, jambatan- jambatan dan kerja- kerja awam,” katanya ketika membentangkan Bajet Negeri 2017 pada Persidangan DUN, disini, hari ini.

Selain itu, Musa berkata kerajaan turut memperuntukkan RM 572.87 juta bagi meneruskan program bekalan air terawat jangka pendek dan jangka panjang seluruh negeri.

Dalam masa sama, kerajaan juga menyediakan peruntukkan sebanyak RM 200 juta bagi meningkatkan kualiti kemudahan infrastruktur asas dan ameniti sosial serta memacu aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar.

” Ini adalah bagi menyediakan keselesaan perhubungan di kalangan rakyat serta menyokong kerancakan pembangunan dalam sektor- sektor hala tuju utama negeri iaitu sektor pertanian, pelancongan, perindustrian serta kawasan bandar dan luar bandar,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan