Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peruntukkan KKLW tidak berkurang, malah bertambah

7:44pm 09/11/2015 Ann Vivien 74 views Nasional,Politik,Tempatan

 

Datuk Seri Sabri Yaakob (tengah) menerima cenderahati disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh.

Datuk Seri Sabri Yaakob (tengah) menerima cenderahati disampaikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh.

TAWAU: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memberitahu peruntukkan untuk kementeriannya tidak berkurang, malah bertambah meskipun dijangka mendapat bajet yang dikurangkan berikutan situasi ekonomi semasa.

Menurutnya, perkara itu adalah berikutan keprihatinan kerajaan yang menyedari keperluan rakyat demi kesejahteraan hidup dan pembangunan negara.

Katanya, di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) sejumlah 4.120 billion daripada keseluruhan peruntukkan berjumlah RM9.480 billion atau 43.5 peratus, diperuntukkan kepada Sabah bagi pelaksanaan program atau projek dalam Rolling Plan Pertama (2016 – 2017).

Manakala, di bawah RMK-10 (2011-2015), kerajaan memperuntukkan RM8.177 billion kepada Sabah, manakala Rolling Plan Pertama (RM4.120 billion) sudahpun diluluskan bagi meneruskan agenda pembangunan Sabah.

“Projek itu merangkumi 85 projek iaitu 67 projek baru dan 18 projek sambungan yang akan dilaksanakan KKLW serta agensi di bawahnya,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama JKKK/JKDB Zon Tawau dan Sandakan di sini, hari ini.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan