Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peruntukan Tidak Cukup, Jentera Rosak Jejas Penyelenggaran Tapak Pelupusan Sampah Di Beluran

gambar hiasan
gambar hiasan

BELURAN : Peruntukan tidak mencukupi dan kerosakan jentera menjadi antara faktor penyelenggaran tapak pelupusan sampah di Sungai Napas tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran (MDB) Wolfred Maaruf Gentiu berkata peruntukan tahunan untuk pengurusan sampah yang diterima MDB membabitkan dua daerah iaitu Beluran dan Telupid serta Pekan Kecil Paitan.

Katanya peruntukan yang diterima tidak mencukupi manakala kelulusan tambahan daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri pula mengambil masa.

“Saya berharap pihak berkenaan mengambil pertimbangan dengan kekangan yang kami hadapi,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan eksklusif Bernama Jumaat lepas mengenai aduan penduduk Kampung Sungai Napas berhubung penyelenggaran tapak pelupusan sampah berhampiran kampung itu yang tidak dilakukan dengan baik.

Pembuangan sampah di kawasan itu dilakukan secara tidak teratur malah tayar turut dibuang sehingga menjadi tempat pembiakan Aedes.

Mengenai jentera menyenggara sampah, membaiki jalan dan perparitan yang sering mengalami kerosakan, Wolfred Maaruf berkata walaupun ia menjadi antara faktor kegagalan menyenggara tapak pelupusan sampah namun segala kerja rutin tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, pihak MDB bercadang memindahkan tapak pelupusan sampah ke Lung Manis untuk memastikan pengurusan sampah dilakukan dengan teratur malah terletak jauh dari penempatan penduduk kampung.

Katanya ia dijangka dilakukan pada tahun depan selepas kerja menyukat kawasan sekitar cadangan tapak pelupusan sampah yang baharu itu siap dilakukan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan