Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peruntukan RM40 Juta Bina Bangunan Baharu SMK Balaban Jaya Beluran

5:42pm 03/03/2016 Pak Roshan 345 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan
SMK Balaba Jaya, Beluran

SMK Balaba Jaya, Beluran

BELURAN : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balaban Jaya di sini yang berstatus menumpang akan mempunyai bangunan sendiri berikutan peruntukan RM40 juta yang diluluskan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata kerajaan meluluskan gantian penuh pembinaan bangunan sekolah itu membabitkan pembinaan 18 bilik darjah untuk 300 pelajar, asrama dan 16 unit rumah guru.

Katanya tapak tanah untuk pembinaan bangunan baharu sekolah itu terletak berhampiran dengan bangunan Sekolah Kebangsaan Balaban Jaya yang digunakan pada masa sekarang.

Katanya peruntukan diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 dalam Pelan Pusingan Pertama yang akan dimulakan pada tahun ini hingga 2017.

“Pembinaan bangunan baharu SMK Balaban Jaya dapat menyediakan suasana pendidikan selesa dan kondusif kepada pelajar,” kata Kamalanathan.

“Diharapkan pembinaan bangunan baharu akan meningkatkan jumlah pelajar di sekolah ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Balaban Jaya dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Beluran Datuk Dr Ronald Kiandee.

SMK Balaban Jaya antara dua sekolah masih menumpang di bangunan sekolah rendah di daerah ini dan sebuah lagi adalah SMK Ulu Sapi.

Kamalanathan berkata beliau sendiri akan memantau pelaksanaan pembinaan bangunan sekolah berkenaan .

Menurutnya bagi SMK Ulu Sapi, permohonan pembinaan bangunan sekolah baharu akan dinilai selepas tapak tanah sesuai dikenal pasti.

Pada lawatan kerja sehari di daerah ini, beliau turut menghadiri Majlis Apresiasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Pejabat Pendidikan Beluran dan lawatan ke sekolah daif di SK Sungai-Sungai dan SK Pantai Boring di Paitan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan