Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peruntukan Lebih Diperlukan Untuk Membaikpulih Jalan Raya Di Daerah Moyog

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri  Moyog, Terence Siambun memohon kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Infrastruktur  membaikpulih jalan-jalan kampung di daerah tersebut.
Menurut beliau, terdapat beberapa projek menaik taraf jalan-jalan di daerah tersebut tergendala kerana tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi tujuan pembangunan infrastruktur.
“Keadaan jalan-jalan kampung di daerah tersebut amat teruk dengan lubang dan lopak di sepanjang jalan dan jalan tersebut yang dijangka siap pada 5 November yang lepas namun disebabkan oleh peruntukan yang tidak mencukupi, jalan tersebut tidak dapat disiapkan pada kadar yang segera”, katanya.
Beliau berkata demikan semasa perbahasan bajet 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini (Rabu).
Terence juga menyeru agar pihak kerajaan memberikan perhatian terhadap rayuan pengguna jalan Kampung Kondohon, Ramayah untuk mempunyai jalan raya yang lebih baik kerana laluan tersebut adalah laluan alternatif yang meliputi beberapa buah kampung seperti Limbanak, Kituao, Sugud, Ramayah dan Nambazan. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan