Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Peruntukan Besar Bukti Semua Kaum Di Sabah Diberi Perhatian

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KUDAT : Penyaluran peruntukan besar menerusi Bajet 2017 untuk membantu sekolah Cina, mubaligh dan pertubuhan keagamaan bukan Islam di Sabah membuktikan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan dan keperluan semua kaum serta agama di seluruh Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata menerusi Bajet Negeri 2017 yang dibentangkan semalam, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk menyokong dan membantu segala aktiviti serta keperluan sekolah berkenaan.

“Kerajaan negeri amat memahami keprihatinan tinggi masyarakat Cina dalam hal penubuhan dan pengelolaan sekolah. Oleh itu kita memberi peruntukan sebanyak RM12 juta kepada semua sekolah Cina seluruh Sabah setiap tahun,” katanya ketika merasmikan kompleks serbaguna dan bangunan baharu Sekolah Menengah Pei Tsin Kudat, di sini hari Sabtu.

Musa berkata kerajaan negeri juga sentiasa mengambil berat terhadap masalah serta keperluan sekolah menengah persendirian di Sabah, dengan memberi peruntukan RM250,000 kepada sekolah berkenaan setiap tahun.

“Kita juga mengiktiraf dan memuji sumbangan masyarakat Cina kepada kerajaan dalam membantu membasmi kemiskinan dan buta huruf melalui pendidikan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Musa berterima kasih kepada semua pihak termasuk para penderma yang banyak membantu untuk memastikan projek pembinaan kompleks serbaguna dan bangunan baharu sekolah itu berjalan lancar.

“Sekolah Menengah Pei Tsin Kudat yang berusia 48 tahun merupakan sekolah persendirian tunggal di daerah ini dan kini ia mempunyai bentuk infrastruktur yang indah. Saya percaya dengan adanya kemudahan ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih selesa,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan