Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERUBAHAN POSITIF INDUSTRI HARTANAH MAMPU TARIK PELABUR KE SABAH

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua (tiga dari kanan) bersama tetamu jemputan pada majlis pecah tanah projek 360 Boulevard Bundusan di Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Perubahan positif dalam pembangunan industri hartanah di Sabah masa kini dilihat mampu menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kepesatan pembangunan hartanah itu mampu mewujudkan modal perniagaan yang mampan seterusnya meransang pembangunan ekonomi keseluruh negeri.

“Industri hartanah di Sabah telah mengalami perubahan dengan cepat, pesat dan bertambah baik dengan ketara sejak beberapa tahun ini. Perkembangan infrastruktur dan sektor pelancongan telah menyumbang secara positif kepada industri hartanah di Sabah.

“Sabah yang kaya dengan sumber alam, kebudayaan dan juga kepelbagai kaum turut membantu dalam perkembangan dengan pesat industri pelancongan yang mana mampu menarik ramai pelabur dari Semenanjung Malaysia dan antarabangsa seperti China, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Hong Kong.

“Peningkatan yang berterusan dalam sektor pelancongan ini juga salah satu faktor yang mana mewujudkan permintaan untuk pembangunan hartanah di Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah 360 Boulevard Bundusan di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Kenny Chua.

Namun, Shafie berkata, bilangan hartanah di pasaran kini tidak mencukupi untuk memenuhi peningkatan ketibaan pelancong di Sabah.

Jelasnya, dengan peningkatan penerbangan terus dari China, kerajaan negeri mengharapkan lebih banyak pembangunan hartanah di Sabah agar dapat menampung ketibaan pelancong yang semakin meningkat.

“Dengan keluasan 280,000 meter persegi ruang komersial yang ditawarkan oleh 360 Boulevard ini, saya percaya ia akan dapat mencatat peratusan perbelanjaan pelancongan yang besar dan menjana pelbagai aliran pendapatan ke negeri ini,” jelasnya.

Sementara itu, menurutnya, 360 Boulevard Bundusan juga akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar terutamanya penduduk Penampang dengan menawarkan lebih banyak perniagaan, pelaburan dan peluang pekerjaan yang akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Bukan itu sahaja, pembangunan ini juga akan mengubah dan meningkatkan prospek pembangunan hartanah di Penampang,” katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan