Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perubahan iklim beri kesan kepada komuniti

5:48pm 28/03/2016 Leolerry Lajius 16 views Tempatan
Datuk Seri Panglima Clarence B. Malakun menyampaikan cenderahati kepada Datuk Masidi pada majlis tersebut.

Datuk Seri Panglima Clarence B. Malakun menyampaikan cenderahati kepada Datuk Masidi pada majlis tersebut.

KOTA KINABALU – “Perubahan iklim memberikan kesan kepada komuniti disamping turut memberikan kesan kepada kemusnahan harta benda.”

Demikian ungkapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun ketika berucap merasmikan Seminar Perubahan Iklim dan Perkembangan Komuniti mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang diadakan di Hotel Pacific Sutera, di sini, hari ini.

“Bencana alam yang disebabkan perubahan iklim adalah seperti banjir, tanah runtuh, gelombang haba, kenaikan paras air laut dan kesan lain yang memberi impak kepada komuniti disamping kemusnahan harta benda,” katanya.
Seminar tersebut adalah anjuran kerjasama antara Institute for Development Studies Sabah (IDS), Konrad-Adenauer-Stiftung (KAS) dan Koperasi Pengguna Sabah Berhad.

Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Institute Development Studies Sabah (IDS), Datuk Mohd Hasnol Bin Ayub, perubahan iklim memberikan kesan yang mendalam kepada aktiviti seharian manusia terutama sekali kepada pengusaha sektor agrikultur.

“Perubahan iklim mendatangkan kesan yang buruk dalam usaha mengekalkan kestabilan pengeluaran hasil agrikultur. Hal ini memberikan kesan yang sangat besar kepada komuniti petani khususnya kerana kebergantungan sumber pendapatan mereka terhadap hasil pertanian,”katanya.

Tujuan pengajuran seminar ini adalah untuk perkongsian maklumat dan memberi kesedaran mengenai perubahan iklim global dan perkembangan komuniti selain memberi informasi berkenanan polisi dan program kerajaan dalam pemuliharaan alam sekitar bagi mengatasi fenomena perubahan iklim.

Antara pihak yang terlibat dalam sesi perkongsian seminar ini adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS), UniKL Business School, Quantum Enterprise Konsultan, World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia, Partners of Community Organizations Sabah (PACOS) dan Sabah Environmental Protection Association (SEPA).- Syafathin M.Y./Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan