Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERTUKARAN MENTERI TIDAK JEJAS OPERASI MH370

mh370

TAWAU: Pertukaran jawatan Menteri Pengangkutan tidak akan menjejaskan operasi mencari MH370, kata Datuk Seri
Hishammudin Tun Hussein Onn.

Hishammudin yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan berkata beliau yakin penyandang Datuk Seri Liow
Tiong Lai mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan yang baru.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan mendengar taklimat bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika
Syarikat Lt-Jen Terry Robbling di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) di sini Khamis.

Mengulas lawatan bersama pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat ke ATB 2, Hishamuddin berkata pihak kementerian
bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam isu keselamatan di negara ini.

Beliau juga berkata tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkisar kepada jenayah tradisi, penculikan,
penyeludupan dan perdagangan manusia tetapi kini lebih kepada ancaman militan.

“Jangan kita samakan jenayah rentas sempadan itu dengan
dengan isu pencerobohan kegiatan militan seperti apa yang
kita lalui semasa di Lahad Datu awal tahun lalu” katanya.

Beliau juga berkata pendekatan yang holistik dan kerjasama yang lebih luas dengan negara-negara yang mampu memberikan
nilai tambah kepada perancangan masa depan akan diberikan penekanan.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Komen


Berita Berkaitan