Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pertubuhan Tarian Naga, Unikorn dan Singa Sabah anjur pertandingan Tarian Singa kali ke-3

8:00pm 10/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 31 views Tempatan
Danny (tengah,duduk) bersama ahli Persatuan Tarian Naga, Unikorn, Singa Sabah. Turut kelihatan, Pengerusi Persatuan Seni Tarian Singa & Naga Penampang.

Danny (tengah,duduk) bersama ahli Pertubuhan Tarian Naga, Unikorn, Singa Sabah. Turut kelihatan, Ketua Kumpulan Persatuan Seni Tarian Singa & Naga Penampang, Leslie Chen Che Shen ( tengah, berdiri). -Jimmy Tan

KOTA KINABALU- Pertubuhan Tarian Naga, Unikorn & Singa Sabah bakal mengadakan satu pertandingan tarian singa khusus untuk kumpulan tarian singa di negeri ini termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Presiden Pertubuhan tersebut, Dr. Danny Kok, pertandingan itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti kesemua kumpulan tarian singa yang terdapat di seluruh pelusuk negeri ini agar mereka dapat peringkat yang lebih profesional.

Tambahnya, pertandingan itu dibahagikan kepada dua peringkat iaitu ‘1st Stop League’ dan ‘Final League’ serta akan dilanksanakan di kawasan yang berbeza di negeri ini.

Sehubungan itu,pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan markah yang diperoleh daripada kedua- dua peringkat pertandingan tersebut.

Selain itu, ‘1st Stop League’ akan berlansung pada 11Jun, tahun ini di Dewan Masyarakat Menggatal.

Disamping itu, yuran pendaftaran bagi setiap kumpulan adalah sebanyak RM 200 dan mereka yang berminat mengikuti pertandingan tersebut perlu mendaftarkan diri sebelum 28 Mei tahun ini.

Pemenang tempat pertama akan diberi wang tunai sebanyak RM 3,000, trofi, medal ( untuk setiap pemain) dan sijil penyertaan. Manakala, pemenang tempat kedua dan ketiga masing- masing akan mendapat wang tunai sebanyak RM 2,000 dan RM 1,000 berserta trofi, medal ( untuk setiap ahli) dan sijil penyertaan.

Katanya, hanya 10 orang maksimum termasuk kapten dan jurulatih dalam satu kumpulan dan masa yang diperuntukkan untuk persembahan bagi setiap kumpulan ialah tujuh hingga sepuluh minit.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan pertandingan itu, orang ramai boleh menghubungi Tony Wong (016-8816889) atau emel kepada [email protected] – Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan