Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertubuhan kecergasan disaran daftar, baharui lesen

Dr. S Ganeshananda (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yeo.

KOTA KINABALU: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai menyaran agar semua pertubuhan kecergasan segera mendaftarkan dan memperbaharui lesen pertubuhan yang beroperasi di lingkungan tadbir urus DBKK.

”Ini perlu untuk pemantauan dapat dilakukan demi kebaikan semua pihak,” katanya semasa menyertai Sambutan Hari Yoga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2018 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini, pagi tadi.

Mengulas lanjut mengenai sambutan tersebut, beliau amat menggalakkan penganjuran aktiviti-aktiviti kecergasan bagi memberi peluang dan manfaat kepada warga bandaraya untuk meningkatkan kecergasan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Seramai 100 menyertai sambutan tersebutyang diadakan pada 21 Jun setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada umum tentang kebaikan senaman yoga untuk kecergasan minda dan fizikal.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Sambutan Hari Yoga Sedunia menerusi resolusi UN-69/131.

Program yang julung kali diadakan adalah anjuran bersama DBKK, Pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) dengan kerjasama lima buah pertubuhan Yoga di negeri ini.

Hadir sama ialah Pengerusi LSNS, Datuk Louis Rampas; Pengurus Besar LSNS, Datuk Penyuki Matta; Presiden Persatuan India Sabah mewakili Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, Datuk Dr. S Ganeshananda; Penyelaras Brahma Kumaris Malaysia, IR. Dr. Muralindran Mariappan; Jurulatih Yoga Pertubuhan Yoga Space, Ann Lo Wei Yen; Jurulatih Yoga, Lili Yoga Studio, Lily Aw Lai Yoke; Jurulatih Yoga, Pertubuhan Gokul Yoga, Tan King Hong dan Jurulatih Yoga, Pyramid Yoga & Meditation Centre, Diane Chong Ven Leng. / Penerangan-

Para peserta melakukan senaman yoga beramai-ramai sempena Sambutan Hari Yoga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2018 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.

Komen


Berita Berkaitan