Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertisa pelawa penyertaan artis tempatan

Narsisius Justin Misin
Narsisius Justin Misin

KOTA KINABALU – Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertisa 2015 pada 28 Mac ini di Dewan Kampung Kopungit, Kota Kinabalu.

Justeru, semua ahli-ahli Pertisa sama ada yang baharu atau lama dan para penggiat seni hiburan tempatan di Sabah yang belum menjadi ahli dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Presidennya, Narsisius Justin Misin memberitahu, pada AGM kali ini akan menyaksikan pembubaran ahli jawatakuasa Pertisa sesi 2013-2015 dan seterusnya diadakan pemilihan ahli baharu.

“Mana-mana ahli diharap dapat hadir kali ini kerana di sinilah kita dapat menyuarakan pendapat mereka mengenai hala tuju dan perkembangan Pertisa serta peranannya kepada kita semua,” katanya.

“Semua penggiat seni sama ada seni tradisional dan moden diharap dapat menyertai kita semua kali ini. Jika anda salah seorang daripada semua di atas, anda dialu-alukan untuk bersama-sama kami di dalam mesyuarat ini dan seterusnya menjadi ahli Pertisa,” katanya di sini hari ini. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan