Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pertimbangkan semula projek Jambatan Kedua Sukau Kinabatangan- Saddi

5:22pm 21/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Alam Semulajadi,Isu Semasa,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri diminta mempertimbangkan agar projek Jambatan Kedua Sukau Kinabatangan dapat diteruskan.

ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata projek tersebut amat penting kepada rakyat untuk perhubungan disamping menjadi salah satu komponen dalam agenda ‘blueprint’ pembangunan pekan Sukau menjadi daerah baharu menjelang 2020.

” Jambatan ini juga adalah penghubung penting kepada Mukim Litang yang tidak ada rangkaian jalan sejak merdeka kecuali melalui estet atau ladang swasta,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan pada Persidangan DUN kali ke-14, disini, hari ini.

Menurut Saddi, perlaksanaan projek tersebut ditangguh disebabkan terdapatnya bantahan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari luar negara.

” Mengikut pengamatan saya, bantahan keras NGO ini terhadap projek tersebut adalah disebabkan mereka khuatir apabila projek Jambatan Kedua diteruskan, maka pemberian dana dari NGO antarabangsa ini akan dihentikan atau ditamatkan.

” Selaku wakil rakyat DUN Sukau, saya tidak ada masalah dengan NGO- NGO luar negara ini dengan kelantangan mereka dalam isu alam sekitar dan konservasi.

” Tapi apa yang menyedihkan NGO- NGO ini, mereka menghalang pembangunan kerajaan untuk rakyat,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau menyeru kepada Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar melalui Jabatan Hidupan Liar agar tidak terlalu berlembut terhadap tuntutan- tuntutan NGO dari luar negara.

” Baru- baru ini, pada 24 Ogos 2016 lepas, NGO yang dikenali LEAP telah menghantar surat kepada YAB Ketua Menteri bagi menghentikan projek Jambatan Sukau Kinabatangan atas alasan yang sama, iaitu isu alam sekitar dan hidupan liar.

” Yang menghairankan NGO- NGO ini apabila ada isu kematian lima ekor gajah di Tawau, pencemaran air seperti apa yang berlaku di Kampung Mumiang, yang menyebabkan lebih 700 kg ikan milik pengusaha ikan sangkar mati, pembukaan tanah ‘riverine reserve’ secara haram oleh syarikat- syarikat di sepanjang Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama, mereka membisu dan ‘hilang kejantanan’ mereka,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan