Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pertimbangkan calon Wanita Umno Kota Marudu

9:55am 08/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 127 views Politik,Tempatan
Redonah menyampaikan cenderahati kepada Aminah selepas mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Kota Marudu.

Redonah menyampaikan cenderahati kepada Aminah selepas mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Kota Marudu

Pertimbangkan calon Wanita Umno Kota Marudu

KOTA KINABALU- Pergerakan Wanita UMNO Kota Marudu mahu pucuk pimpinan parti mempertimbangkan Calon UMNO bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum akan datang jika terdapat persempadanan baru di kawasan Parlimen Kota Marudu.

Ketua Wanita UMNO Kota Marudu, Dato Redonah Bahanda berkata Pergerakan Wanita UMNO Kota Marudu mencadangkan agar Calon UMNO bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Kota Marudu pada PRU ke-14 diberikan mandat kepada parti UMNO Kota Marudu untuk diletakkan sebagai calon.

Beliau berkata ahli Umno, khususnya dari bahagian Kota Marudu, mempunyai kelayakan dan kredibiliti untuk dicalonkan, sekaligus memenangi pilihan raya tersebut untuk meningkatkan majoriti Barisan Nasional (BN).

“Wanita Umno Kota Marudu mencadangkan dan mengusulkan supaya kawasan baru diberi kepada parti UMNO, kerana parti UMNO juga Barisan Nasional,” jelas beliau.

Mesyuarat perwakilan tersebut dirasmikan Ketua UMNO bahagian Kota Marudu, Datuk Watrom Bahanda di Dewan Komuniti Kota Marudu kelmarin.

Turut hadir sama wakil Badan Perhubungan Wanita UMNO Sabah, Datuk Aminah Ambrose yang juga Ketua Wanita UMNO Kudat serta ahli-ahli Wanita UMNO Kota Marudu.

Sementara itu, Redonah meminta Wanita UMNO supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat yang dibawa pihak tertentu untuk menggugat keutuhan parti dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tidak perlu hiraukan isu-isu yang dibangkit oleh pembangkang yang kembali ditimbulkan, biarlah hal ini diuruskan oleh pucuk pimpinan. Apa yang kita perlu buat ialah sentiasa bersatu padu dalam parti dan bersiap siaga bagi menghadapi PRU ke-14, ” katanya.

Redonah turut mengingatkan semua ahli wanita Umno supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang suka memburukkan usaha murni kerajaan dengan pelbagai tohmahan dan kenyataan mengelirukan.

“Suatu yang perlu diiingatkan semua ialah kekuatan parti di peringkat bahagian, negeri dan pusat bergantung kepada kekuatan ahli-ahli di peringkat cawangan itu sendiri sebagai akar, tapak dan tunjang kepada Umno.

“Sehubungan itu, saya ingin mengajak semua ahli Wanita Umno supaya terus memastikan gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan aktiviti parti di peringkat cawangan terus dipertingkatkan melalui kerjasama baik dengan peringkat bahagian bagi memastikan Umno terus dapat menarik sokongan rakyat sehingga bila-bila,” katanya.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan