Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertimbang keperluan pembangunan rakyat

Hamisa Samat
Hamisa Samat

TAWAU – Rakyat negeri ini berharap jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah, dapat mempertimbangkan sesuatu yang boleh melonjakkan lagi kemajuan dan pembangunan di negeri ini.

“Kita memerlukan banyak perbelanjaan untuk mengurus dan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur di negeri Sabah,” kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeru, Datuk Hamisa Samat.

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan yang dianggotai oleh anak negeri ini harus mencapai kata sepakat yang seterusnya memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini.

Jelas Hamisa lagi, jawatankuasa berkenaan sendiri yang pastinya lebih memahami mengenai keperluan rakyat terutama pembangunan di kawasan luar bandar di negeri ini.

Tambah beliau, dengan adanya jawatankuasa itu juga secara tidak langsung menghapuskan pelbagai dakyah oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama mengenai hubungan antara Sabah dan kerajaan Persekutuan.

“Meskipun matlamat jawatankuasa itu masih belum tercapai, namun keterbukaan kepimpinan kerajaan Persekutuan jelas membuktikan bahawa suara rakyat Sabah sentiasa diberi perhatian,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan