Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertikai lewat lantik AMT Muis Sabah

muis

SHAH ALAM – Kelewatan pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi melantik Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Majlis Agama Islam Sabah (Muis) baru dianggap suatu masalah serius.

Menurut Timbalan Pesurujaya Pas Sabah, Hamid Ismail masalah kelewatan ini bukan pertama kali berlaku dan sudah terjadi sebelum ini.

“Kami dapati tempoh perlantikan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Agama Islam Sabah tamat pada 31 Mac dan masih belum ada sebarang perlantikan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri.

“Masalah yang sama berlaku di mana Ahli Majlis Tertinggi penggal 2007-2010 yang telah tamat sejak 14 November 2010 dilantik pada 1 april 2011, kami mendapati ianya lima bulan lewat dari tempoh sebenar.

Menurutnya melalui sebuah kenyataan hari ini, pihaknya menganggap kelewatan perlantikan tersebut sebagai satu masalah yang harus dipandang berat memandangkan semua hal ehwal berkaitan Islam negeri tersebut terletak di bawah tanggungjawab Muis.

“Apabila kerajaan negeri lewat melantik Ahli Majlis Tertinggi baru, ianya secara tidak langsung akan merencatkan segala perancangan dan perkara-perkara yang memerlukan keputusan segera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepada kerajaan negeri harus mematuhi undang-undang di bawah seksyen 11 (2) Enakmen MajlisUgama Islam Sabah 2004 di mana lima dari lapan AMT MUIS yang dilantik mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam hukum syarak.

Justeru itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri mendedahkan latar belakang dan kelayakan semua AMT Muis kepada umum untuk memastikan perlantikan AMT baru kali ini memenuhi  syarat enakmen tersebut.

Komen


Berita Berkaitan