Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertempuran Dengan Penganas Sulu, Anggota Polis Marin Terbunuh Di Semporna

mabul

Semporna – Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada pengganas Sulu lewat tengah malam tadi.

Menurut sumber portal www.suaragenerasibaru.com seorang anggota Polis Marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, di Sabah jam 11.10 malam tadi.

Kejadian yang berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom itu selepas anggota polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.

Menurut saksi, pihak berkuasa telah melepaskan tembakan amaran, bagaimanapun tidak diendahkan dan dibalas dengan tembakan yang mengakibatkan salah seorang anggota polis maut dalam kejadian tersebut.

Seorang anggota polis turut hilang dan dipercayai diculik dalam kejadian tersebut. Pihak Berkuasa ESScom sedang melipatganda usaha mengesan kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih berada disekitar kawasan pulau berkenaan disamping mendapatkan kerjasama dengan pihak keselamatan negara jiran.

Sementara itu keadaan di sekitar Pulau Mabul ketika ini sudah kembali tenang seperti biasa.

Berikut ialah maklumat mengenai anggota polis yang maut ditembak dan diculik dalam kejadian di Pulau Mabul lewat tengah malam tadi.

01). Kpl 151279 Ab.Rajah b. Jamuan ( di tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri – Salamah bti Amad
-Tempat betugas sblm – ppm kg acheh
– Jwtn k63 skrg – jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis Pulau Mabul
– alamat – Kg Bubul batu 2 Semporna Sabah.

02. Konst 176543 Zakiah Bin Aleip (dipercayai diculik)
– 26 tahun
– bajau
-islam
– berkhwin ( 1 anak )
– isteri – Sharifah Erna Bti Berson
– tempat betugas sblm – ppm w1 p.pinang
-Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) Balai Polis Pulau Mabul.
– alamat Kg. Sambah Tengilan Tamparuli Sabah. – SUMBER- SUARA.TV

Komen


Berita Berkaitan