Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertembungan lima penjuru di N.24 Membakut

(Dari kanan) Mohamad, Anifah dan Arifin ketika penamaan calon di pusat penamaan calon SMK Bongawan hari ini. -Gambar Oleh Alex Mairin

BONGAWAN: Pertembungan lebih meriah di N.24 Membakut apabila menyaksikan pertembungan lima orang calon yang akan merebut kerusi berkenaan.

Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (BN) yang merupakan penyandang kerusi itu pada pilihan raya yang lalu dicabar oleh Abdul Sani Marip (Warisan), Ali Omar Mohd Idris (Harapan), Rosejelen Salimat dari Parti Cinta Sabah (PCS) dan Yahya Ahmad (Bebas).

Sementara itu, tiga sahabat lama yang pernah berjuang dalam satu parti yang sama suatu ketika dulu, bertembung di P. 176 Kimanis selepas dinamakan sebagai calon di kawasan itu bagi mewakili parti masing-masing, hari ini.

Datuk Seri Anifah Aman mewakili Barisan Nasional (BN) yang merupakan penyandang kawasan itu dalam Pilihan Raya Umum yang lalu akan dicabar oleh Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Jaafar Ismail dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan).

Sementara itu, bagi N.23 Bongawan Datuk Mohamad Alamin (BN) yang merupakan penyandang kerusi itu dalam pilihan raya umum yang lalu akan dicabar oleh Dr. Daud Yusof dari Warisan dan Jaafar Ismail dari Harapan.

Penyokong mula membanjiri kawasan Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan kira-kira jam 8.00 pagi didahului oleh Warisan bersama calon mereka dan disusuli oleh calon dan penyokong Harapan.

Kira-kira jam 8.30 pagi penyokong BN juga mula membanjiri kawasan pusat penamaan calon itu yang seterusnya disusuli oleh ketiga-tiga calon BN.

Proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan