Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan sugandoi bantu serlahkan bakat menyanyi

Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2015, Evaristus Gungkit (depan, tiga dari kanan) bersama komiti pertandingan sugandoi- foto Jimmy Tan / SayangSabah.
Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2015, Evaristus Gungkit (depan, tiga dari kanan) bersama komiti pertandingan sugandoi

KOTA KINABALU- Pertandingan Sugandoi merupakan salah satu langkah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri nyanyian dalam kalangan penduduk di Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2015, Evaristus Gungkit berkata, sejak pengenalan Sugandoi peringkat negeri pada tahun 1987 ramai golongan muda telah berjaya dicungkil bakat.

“Ramai peserta Sugandoi telah mewakili ke peringkat kebangsaan malah ada juga yang telah menjadi penyanyi pada masa ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari ini.

Menurutnya, Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri 2015 juga memberi peluang kepada golongan kanak-kanak di bawah 12 tahun untuk menyertainya untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat masing-masing dalam bidang nyanyian.

Katanya, penyertaan kanak-kanak ini juga mempersiapkan mereka dalam bidang nyanyian hingga mencapai ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, Pertandingan Sugandoi yang diadakan di Hongkod Koisaan Penampang itu turut menampilkan penyanyi-penyanyi veteran bagi memberi penghargaan kepada mereka yang telah lama terlibat dalam industri nyanyian.-oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan