Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan Pantun Untuk Penjawat Awam Di Sabah Bulan Depan

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Warga jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah dipelawa untuk menyertai pertandingan pantun pada 7 Mei ini.

Ia anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Ikatan Penulisan Sabah dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN) Sabah yang akan berlangsung di Kompleks JKKN Sabah di sini.

Pegawai Unit Dokumentasi dan Promosi JKKN Sabah, Eldawati Laung berkata setiap jabatan dan agensi boleh menghantar lebih daripada satu pasukan yang terdiri daripada empat peserta.

Beliau berkata juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan menerima RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 manakala pemantun terbaik akan menerima RM500.

Keterangan lanjut dan untuk mendapat borang penyertaan boleh dibuat dengan menghubungi Johan Wahyuddin Taib di talian 088-237051/52 atau 011-19346113.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan