Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan menembak mampu eratkan hubungan silaturahim- Timbalan KPN

AKSI... Tembakan dari Musa sebagai simbolik pelancaran pertandingan menembak di Lapang Sasar di IPK Sabah, disini, hari ini.
AKSI… Tembakan dari Musa sebagai simbolik pelancaran pertandingan menembak di Lapang Sasar di IPK Sabah, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Satu pertandingan menembak bersempena Peringatan Hari Polis Ke- 209 Tahun 2016 di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, disini, hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, anjuran pertandingan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua pihak termasuklah PDRM dan jabatan- jabatan kerajaan.

Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman. Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya. Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan