Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan memasak antara 5 kolej di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Seramai 32 orang pelajar dari lima kolej berlainan mengikuti satu pertandingan memasak anjuran Jabatan Kulinari Ascot Academy.

Pengurus Operasi Ascot Academy, Norlizah Dugad berkata, ia merupakan pertan

Pertandingan...Antara masakan yang dipertandingkan oleh peserta
Pertandingan…Antara masakan yang dipertandingkan oleh peserta

dingan memasak yang pertama kali diadakan dengan melibatkan lima buah kolej di sekitar ibu negeri pada tahun ini.

“Kolej tersebut ialah Kolej Yayasan Sabah, Kolej Kosmopoint Sabah, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Kolej Kiara Sabah dan Ascot Academy,” katanya ketika ditemui pemberita dalam pertandingan itu, di sini,semalam.

Menurut beliau, pertandingan itu bertujuan peluang kepada pelajar-pelajar yang mengambil bidang kulinari di kolej masing-masing bagi merasakan sendiri suasana pertandingan memasak.

Selain itu, katanya, suasana pertandingan seperti itu akan membantu memberi gambaran akan situasi yang bakal mereka alami ketika berada dalam pertandingan memasak di luar nanti yang mana mereka akan berhadapan dengan keterbatasan waktu yang diberi ditambah dengan tekanan daripada para pengadil.

Antara pengadil yang mengadili pertandingan itu ialah Aby dari Industri Pengguna ADABI, Irwan dari Accor Hotel, Mansur dari Restoran Chef Mansur dan Joseph Aggang dari Hotel Oriental Sabah.

Tambahnya lagi, terdapat empat jenis tema masakan yang dipertandingkan iaitu tema makanan laut, kambing, ayam, dan daging lembu.

Setiap katagori diberi masa selama 45 minit untuk menyediakannya dan ditandingi oleh lapan orang peserta dalam setiap katagori.

Manakala pemenang keseluruhan dalam pertandingan memasak itu dimenangi oleh peserta dari Ascot Academy iaitu johan dalam keempat-empat katagori yang dipertandingkan.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan