Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perlawanan Liga Jesselton kali ke-3

 

Logo JFL
Logo JFL

KOTA KINABALU- Hadiah lumayan  berjumlah RM20,000 akan diberikan kepada pemenang bagi  Perlawanan Liga Jesselton (JFL) iaitu sebuah pertandingan Pelbagai Seni Mempertahankan Diri (MMA) pada 4 April ini.

Pemilik gym Team Karabaw, Rayner Kinsiong berkata,  JFL yang akan diadakan itu merupakan pusingan ke-3 setelah menamatkan pusingan pertama dan kedua pada tahun lalu.

“Pertandingan Liga Jesselton ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para pemuda di Sabah untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang seni mempertahankan diri,” katanya  ketika ditemui sayangsabah, di sini, hari ini.

Katanya, pertandingan JFL yang dianjurkan oleh Team Karabaw itu akan diadakan di Dewan Foo Chow Sabah bermula dari pukul 6 petang dan dijangka selesai pada pukul 11 malam.

“Seramai 26 pesarta dari Sabah dan luar negara akan bertanding dalam pertandingan pada kali ini dan perkara yang lebih menarik lagi Adrian Tham iaitu juga turut  beraksi dalam perlawanan utama pada kali ini,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Dihnar atas sumbangan dan sokongan bagi melaksanakan JSL itu.- Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan