Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan fotografi SIFF tawar hadiah menarik

Gambar  Hiasan
Gambar Hiasan

 KOTA KINABALU- Pertandingan fotografi sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke-10 akan  diadakan dengan menawarkan hadiah yang menarik.

 Lembaga kebudayaan Negeri Sabah )LKNS) dalam kenyataannya di sini hari ini memberitahu, jumlah hadiah  keseluruhan adalah RM7,700 tunai bakal menanti pemenang pertandingan itu.

 Pemenang tempat pertama akan menerima RM1,500, dan pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing  menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM700, manakala 15 orang menerima saguhati bernilai RM300  setiap seorang.

Pertandingan tersebut menyediakan lapan tema untuk dipertandingkan iaitu, perkampungan SIFF , festival seni rakyat , pertandingan flokdance antarabangsa, program tugu budaya etnik Sabah, perarakan kebudayaan antarabangsa KK, pameran Kraf Tangan dan Makanan Tradisi dan lawatan pelancongan.

Pertandingan berkenaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia, dan karya yang dihantar mestilah karya asal yang diambil sepanjang acara SIFF 2015.

Setiap peserta hendaklah menghantar tiga karya bercetak bersaiz 10R berserta dengan butiran peribadi dan karya berkenaan hendaklah dihantar ke Balai Seni Lukis Sabah pada 15 Ogos sebelum jam 11 pagi.

Peserta tidak dibenarkan membuat pengubahsuaian digital terhadap gambar dan meletakkan sebarang ‘watermark’ pada gambar berkenaan.

Pemenang akan diumumkan pada malam 15 Ogos sempena Malam Akhir Pertandingan Tarian Rakyat Antarabangsa dan Malam penutupan SIFF.

Orang ramai yang berminat menyertai boleh menghubungi Rinah Linggom di talian 019-8400178.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan