Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertandingan Fotografi Jejak Warisan Sandakan

sandakan

SANDAKAN: Jejak Warisan Sandakan akan menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan Jejak Warisan Sandakan bersempena Festival Sandakan 2014, mulai Jun ini.

Pertandingan fotografi yang julung kali anjuran bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Persatuan Sabah Sandakan itu akan berakhir pada 31 Julai 2014, terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Pengerusi Jejak Warisan Sandakan Lai King Hang berkata selain dapat menimba pengalaman dalam bidang fotografi, peserta boleh memahami serta menghayati lebih dekat sejarah Sandakan, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden MPS Datuk James Wong di pejabatnya di sini Jumaat.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar dan terbuka, pemenang kategori terbuka akan membawa pulang RM1,000 dan kategori pelajar RM500.

Terdapat 11 kawasan ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur untuk peserta mengambil gambar iaitu Masjid Jamek, Tugu William Pryer, Tangga Langkah Seratus, Rumah Agnes Keith, Jasad Tangga Lama, Kuil Cina Goddess of Mercy, Gareja St. Michael dan All Angels, Kuil Cina Sam Sing Kung, Air Pancutan Malaysia, Wisma Warisan dan Muzium Warisan Sandakan.

Lai berkata untuk mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat pertandingan dari Kedai Sandakan Foto atau memuat turun dari laman sesawang MPS di www.sabah.gov.my/mps.

Komen


Berita Berkaitan