Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pertandingan Akhir Carta Lagu Murut sabtu ini

10:19pm 18/05/2016 Leolerry Lajius 144 views Hiburan,Tempatan

KOTA KINABALU:  Sepuluh artis akan berentap di pentas Pertandingan Akhir Carta Lagu Murut Sabah Vfm Musim Ke-6, 2014/2015 Pertandingan diiringi oleh Kombo RTM Sabah, sabtu ini.

Mereka terdiri daripada Ulih Robot dengan lagu Bala Ru Akion, Saimon Sanduan (Osoi Nambala), Albert Andrew (Inibit Mu Guang Ku Minugar), Roslin Osman (Hitu Ki Pinamalos), Empin Ansusuk (Okou Kalandanan Ku), Afiezal Fahmi Inggu @ Amir (Tinauh, Sharin Amud Shari (Lumpai Ku Namgkuliman), Rushdy Raphael (Kando Pinatalav), Junah Ampalus (Indos Ku) dan Imuda Akim serta Robby Akim dengan lagu Ina.

Pertandingan tersebut merupakan kemuncak Rancangan Mingguan Carta Lagu Popular Murut, ‘Carta Rimbai Kasihaan’  yang akan menampilkan 10 lagu dengan 11 penyanyi, 10 pencipta lagu serta penulis lirik untuk merebut gelaran juara.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah Kategori Lagu Murut Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lagu Paling Popular melalui undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, naib johan RM2,000 dan tempat ketiga dengan RM1,000. Manakala, kategori lain masing-masing menawarkan hadiah RM1,000.

Pertandingan anjuran bersama Jabatan Penyiaran Sabah dan Pejabat Daerah Nabawan itu akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Bobbey Ahfang Suan di Pentas Terbuka Daerah Nabawan.

Pertandingan berkenaan bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni suara Murut supaya dapat menggalakkan lebih ramai pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi untuk menghasilkan ciptaan lagu baharu yang lebih berkualiti./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan