Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertama Kali Dijaga Pengasuh, Bayi Mati Tersedak Susu

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

GEORGE TOWN – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mati dilapor akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Harmoni, Jalan Masjid Negeri di sini semalam.

Muhd Azfar Zikry Anuar yang sebelum ini dijaga pengasuh lain dihantar kepada pengasuh berkenaan buat kali pertama oleh ibunya semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi itu dilapor dalam keadaan tenat di atas riba pengasuhnya itu pada pukul 1.30 tengah hari.

“Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan polis telah merekod keterangan pengasuh terbabit yang berusia 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu dan tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan