Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertahanan keamanan tanpa mengira agama, fahaman politik

pertahan keamanan

KUDAT: Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Teo Chee Kang mengajak rakyat untuk bersatu padu bagi mempertahankan keamanan meskipun berbeza kepercayaan agama atau fahaman politik.

Beliau berkata, kepelbagaian yang dimiliki merupakan satu kelebihan yang mampu mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Kita bersatu dalam apa juga keadaan, inilah maksud sebenar persamaan dalam perbezaan,” katanya demikian ketika ditemui pemberita dalam Upacara Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 Peringkat Daerah di Pusat Sukan Kudat, di sini hari ini.

Chee Kang turut mengingatkan generasi muda jangan terpedaya dengan maklumat yang diperolehi dari media siber yang adakalanya bukan dari maklumat yang sahih.

“Pengguna laman sosial perlu bertangungjawab dalam menyiarkan atau berkongsi apa juga maklumat yang diperolehi kerana sebarang maklumat yang tidak betul boleh memberikan kesan yang sangat besar bukan hanya pada individu malah negara,” ujarnya.

Katanya, rakyat juga perlu menolak isu atau perkara yang boleh menganggu gugat kedaulatan Negara.

Menurutnya, bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan, Malaysia…Disini Lahirnya Sebuah Cinta, rakyat perlu terus menyegarkan kecintaan mereka kepada negara ini

Komen


Berita Berkaitan