Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertahan kedaulatan negara

Hamisa Samat (tiga kiri) menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi Komuniti 1Malaysia kepada Chok Syn Yu pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Hamisa Samat (tiga kiri) menyampaikan watikah perlantikan Pengerusi Komuniti 1Malaysia kepada Chok Syn Yu pada majlis itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Kemampuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya memelihara hubungan baik sesama mereka menjadikan negara ini sebagai contoh terbaik kepada negara lain.

Justeru, setiap rakyat perlu memperbaharui azam mengukuhkan hubungan baik antara kaum setiap hari demi mengekalkan perpaduan dan keamanan negara yang dinikmati ketika kini.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, perkara itu penting sebagai usaha rakyat membantu mempertahankan kedaulatan negara.

“Setiap kita berperanan menjaga dan mempertahan negara ini daripada dihancurkan oleh pihak yang sentiasa berusaha menyuntik anasir-anasir jahat yang mahu melihat perpecahan dalam kalangan kita,” katanya ketika berucap pada sambutan Tahun Baharu Cina Komuniti 1Malaysia Kawasan Hilltop, di sini hari ini.

Hamisa berkata, setiap rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa perlu mengambil langkah ini agar hubungan sedia ada lebih erat dan perpaduan terus teguh dan kukuh. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan